Friday, December 21, 2012

Isu-isu Berkenaan Polisi Integrasi Koin Dinar Dirham


Assalamualaikum,


INTEGRASI KOIN DINAR DIRHAM WORLD ISLAMIC MINT


Mulai hari Senin, 17 Desember 2012, Koin WIM baru, antara lain:
  • Koin Kesultanan Kasepuhan Cirebon
  • Koin Kesultanan Ternate
  • Koin Kesultanan Sulu Darul Islam
  • Koin Negara Bagian Kelantan

akan beredar di Indonesia. Standar dan gambar koin-koin baru akan dilampirkan dalam maklumat terpisah. Perubahan operasional yang berkaitan dengan integrasi adalah sebagai berikut: ...


<Versi Bahasa Melayu>

Depok, 17 Disember 2012

Q & A: Isu-isu Berkenaan Polisi Integrasi Koin Dinar Dirham

Abdarrahman Rachadi - Wakil Direktur Wakala Induk Nusantara

Berikut beberapa soal jawab isu-isu berkenaan polisi baru.


Soal (Q): Kenapa NTH Dinar Dirham naik secara mendadak?
Jawab (A): Kerana WIN semenjak Disember ini mengikuti NTH yang bersepadu dengan World Islamic Mint.

Q: Kenapa “buyback”-nya menjadi sangat tinggi?
A: Kerana pada hakikatnya, “buyback” kepada wang kertas bukanlah solusi tetap dan bukan merupakan tujuan penempaan serta pengedaran Dinar Emas dan Dirham Perak. “Buyback” yang tinggi akan mengurangkan spekulasi dan menggiatkan kita semua mewujudkan solusinya: Memperbanyak pihak-pihak yang menerima pembayaran dengan Dinar Dirham. “Buyback” Dinar tetap dibolehkan, tapi dibayar dengan Dirham. Sewaktu “buyback” Dinar ke Dirham tidak ada berlaku potongan, maka daya belinya tetap 100%.

World Islamic Mint sejak mula mengusahakan Dinar Dirham menjadi alat tukar syariah, salah satu komponennya, meskipun kurang relevan, adalah Nilai Tukar Harian (NTH) dalam wang kertas. Saat ini NTH diseragamkan agar tidak ada lagi perbezaan NTH walau di mana pun dalam jaringan WIM untuk menghapus spekulasi orang 'membeli' Dinar Emas yang murah di Indonesia dan 'menjual' di tempat lain yang memiliki NTH yang lebih mahal. WIM memutuskan untuk menyatukan NTH wang kertas mulai 2012.

Q: Kenapa dulu tidak boleh ditukar Koin kepada Koin, tetapi kini boleh?
A: Ketentuan ini mengikuti ketentuan dari WIM, dan untuk sementara hanya penukaran Dinar ke Dirham dulu.

Q: Kenapa tahun 2014 DnD tidak boleh dirupiahkan lagi?
A: Kerana sejak awal tujuan ditempa dan diedarkan kembali DnD bukan untuk dirupiahkan kembali, akan tetapi digunakan sehari-hari. Keadaan boleh dirupiahkan adalah keadaan darurat di mana belum banyak pihak yang menerima DnD. Tugas kita bersama, ialah untuk memperbanyak pihak-pihak yang menerima DnD. Diharapkan mulai tahun 2014, kita semua boleh memperbanyak penerima DnD setidak-tidaknya tiga kali ganda berbanding waktu ini.

Q: Dasar perhitungan NTH?
A: WIN tidak lagi melakukan perhitungan NTH. NTH ditentukan oleh WIM

Q: Kalau saya tidak mahu merupiahkan Dinar sekarang, tapi pada tahun 2014 di mana saya boleh merupiahkan Dinar saya?
A: Tukarkan Dinar kepada Dirham untuk digunakan bermuamalah; juga yang terpenting, di mana boleh, gunakan Dinar untuk bermuamalah.



p/s : Setinggi penghargaan kepada Pn Mazli Alias, Admin fb/Dinihari Dinar atas perkongsian


Saya Suka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...